Bahan-Bahan
Bahan A
4 biji kuning telur
1 ½ cawan minyak jagung atau minyak sayuran
200 gm karot yang telah disagat kasar
140 gm gula perang
Bahan B (di ayak bersama)
250gm tepung kek atau tepung superfine
1 tsp baking soda2 tsb mixed spices atau cinnamon
powder (saya kurangkan kepada ½ tsb saja sbb tak suka bau rempah
tersebut)
1 tsp garam
Bahan C
4 biji telur putih
½ tsp krim tartar (tak de pun tak pe)
50gm fine granulated sugar
100gm chopped walnut (tak perlu dibakar terlebih
dahulu) atau 100gm buah-buahan campuran atau kedua-dua sekali. Ikut
suka.
(untuk kali ini saya guna kacang pecan sbb walnut
tak de. Pecan memang mahal tapi sedap)
Cara-caranya
1. Dalam mangkuk pengadun yang besar, masukkan bahan A.
Mula-mula pukul telur sedikit dan kemudian masukkan minyak, gula, carrot
dan kacau rata. Ketepikan2. Masukkan Bahan B dalam adunan tersebut dan kacau rata.
3. Dalam bekas lain, masukkan tartar dalam telur putih dan kemudian
pukul selama 5 minit kemudian masukkan gula. Guna high speed pukul
lagi selama 15 minit sehingga sehingga telur putih menjadi kaku dan
bila disentuh ia akan bertanduk.
4. Masukkan adunan tepung tadi kedalam adunan telur putih. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau rata.
5. Akhir sekali tabur walnut/pecan diatasnya atau kalau
guna buah-buahan campuran masukkan terus dalam adunan. Ambil secubit
tepung (sedikit tepung dari bahan B) dan gaulkan dengan buah-buahan
tadi sebelum masukkan dalam adunan supaya ia tidak mendap dibahagian
bawah kek.
5. bakar 45 minit pada 180 c atau sehingga masak . Ikut oven
masing-masing.
Inilah hasilnya. Buah-buahan kering yang hanya tinggal sedikit dimasukkan dalam kek. Yang paling laku adalah kacang pecan tu....siap kena korek dek budak2 bila dihidangkan kek ini. Kalau ada hendak masukkan kacang pecan/walnut dalam adunan pun boleh jugak. Sukahati.
Nota:-
- Pastikan telur putih tadi dipisahkan dengan telur kuning
berhati-hati supaya tak tercampur kuning telur. Pastikan juga bekas
anda kering. Telur putih tidak akan 'stiff 'kalau anda tidak
berhati-hati.
- Nak tahu kek dah masak ke tidak. tekan permukaan kek dan dia naik
sendiri so kek tu dah masaklah.
0 comments:
Post a Comment