Ini lauk yang
saya masak untuk berbuka petang tadi. lauk simple dan mudah...yang senang
disediakan. Saya gandingkan sotong masak merah nie dengan masak lemak
kobis.
Sotong Masak Merah
Bahan-bahannya
400gm sotong, bersihkan dan dipotong-potong
2 cm lengkuas, diketuk
3 helai daun limau, buang tulangnya
1 1/2 sudu teh air asam (daripada 1 sudu teh asam jawa + 1 sudu makan air)
1/2 sudu teh gula merah
3/4 sudu teh garam
200ml santan (100ml pati santan + 100ml air)
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah kerinting
1 biji tomato
2 biji cili merah
Cara membuatnya:-
Sotong Masak Merah
Bahan-bahannya
400gm sotong, bersihkan dan dipotong-potong
2 cm lengkuas, diketuk
3 helai daun limau, buang tulangnya
1 1/2 sudu teh air asam (daripada 1 sudu teh asam jawa + 1 sudu makan air)
1/2 sudu teh gula merah
3/4 sudu teh garam
200ml santan (100ml pati santan + 100ml air)
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah kerinting
1 biji tomato
2 biji cili merah
Cara membuatnya:-
- Tumis bahan kisar, lengkuas dan daun limau sehingga terbit aroma. Masukkan sotong dan kacau sehingga berubah warna
- Masukkan santan, air asam. gula merah dan garam. Masak sehingga matang.
- Angkat dan hidangkan.
2 comments:
adehhh... mengancam betul soton tuu... ada lg ker kak?? skettt!!
la dah habislah Jiya...tu lah asyik lambai mai je.
Post a Comment