Sunday, April 3, 2011

Tau Sar Piah


Saya buat pagi tadi.......selepas merendam kacang hijau tanpa kulit selama semalaman. Kacang hijau tanpa kulit nie saya dah beli lama, bila mengemas baru perasaan. Resepi tau sar piah nie saya ambil dari buku Delicious Asian Baked Treats oleh Oi Lin. Ok jugak resepinya rasa macam yang beli kat kedai. Dulu masa kecil suka sangat beli kuih nie kalau pergi kedai. Seronok bila dah boleh buat sendiri.


Resepinya boleh tengok kat bawah nie. Cubalah tak susah, kacang hijau tanpa kulit tu anda boleh beli kat Giant supermarket. Pastikan anda guna bawang merah kecil @ shallot seperti kat gambar dibawah supaya rasanya lebih sedap.



Tau Sar Piah


Recipe from Delicious Asian baked Treats by Oi lin


Photo & Publish by resepidaria.blogspot


Bahan-bahannya:-


Inti :




  • 100gm kacang hijau tanpa kulit


  • 80gm gula kastor


  • 1 1/2 tsp gula perang/light brown sugar


  • 1/2 tsp garam


  • 1/4 tsp serbuk lada putih


  • 4 tbsp bawang merah kecil yang dicincang halus


  • 40ml minyak masak (saya guna minyak jagung)

Pastri:


Doh berminyak



  • 120gm cake flour @ hong kong flour

  • 50ml minyak masak (sy guna minyak jagung)

Doh biasa



  • 120gm cake flour @ hong kong flour

  • 2 cubit garam

  • 50ml minyak masak

  • 30ml air (pastikan pada suhu bilik)

  • 1 tbsp golden syrup (optional-tak ada pun tak apa)

Bahan sapuan: 1 biji kuning telur dicampur dengan beberapa titik air


Cara membuat filling:-





  1. Rendam kacang hijau tanpa kulit dengan air semalaman. Kemudian kukus selama 30 minit sehingga lembut. Angkat dan tuangkan kacang dalam bekas penapis untuk membuat lebihan air. Kisar dalam pengisar sehingga halus.


  2. Satukan gula castor, gula perang, garam dan serbuk lada putih dalam bekas. Ketepikan.


  3. Goreng bawang merah dalam 40ml minyak masak sehingga menjadi perang kemudian masukkan kacang dan kacau sehingga rata. Masukkan pula campuran gula tadi dan goreng lagi selama 2 minit sehingga separuh kering. Tutup api dan ketepikan supaya inti sejuk sebelum digunakan.

Cara membuat doh:-


Doh berminyak




  1. Ayak tepung. Tambahkan minyak masak. Dengan mengunakan spatula, kacau minyak dengan tepung. Jika doh masih kering boleh tambah sedikit lagi minyak. Uli mengunakan tangan supaya ia menjadi doh. Balut doh dengan mengunakan plastik dan ketepikan selama 20 minit

Doh biasa




  1. Ayak tepung bersama garam dan masukkan kedalam bekas. Masukkan minyak masak dan kacau dengan mengunakan spatula. Tambah air sedikit demi sedikit dan dengan mengunakan spatula gaul sehingga sebati. Tambah golden syrup dan kacau sehingga adunan sebati. Kemudian uli dengan mengunakan tangan sehingga menjadi doh yang licin dan lembut. (jika teraa lembik, taburkan sedikit tepung dan uli semula)

  2. Balut dengan plastik dan ketepikan selama 20 minit.

Cara membuat tar sau piah:-



  1. Inti : Uli memanjang dan kemudian dipotong separuh, kemudian potong satu perempat dan potong lagi sehingga dapat 32 keping.

  2. Alas baking tray anda dengan greaseproof paper.

  3. Doh: Uli memanjang, potong halves (separuh), kemudian quarters, dan seterusnya sehingga anda dapat 32 keping. Lakukan perkara yang sama dengan doh berminyak.

  4. Leperkan doh biasa dengan rolling pin. Letakkan satu doh berminyak kedalam doh biasa, balut dan picit bahagian tepinya supaya doh berminyak tak terkeluar dan benar-benar tertutup.

  5. Leperkan doh tersebut dan buat ikut step seperti gambar dibawah ini:-

  6. Panaskan oven pada kepanasan 200 c. Bakar selama 10 minit. Keluarkan tray dari oven dan kemudian sapukan telur kuning diatasnya kuih dan masukkan semula tray dalam oven bakar lagi selama 5 hingga 10 minit atau sehingga ia keperangan.

Nota:-




  • Kacang hijau yang dibuang kulit ini berwarna kuning sebab kulitnya telah tanggalkan.


  • Rendam kacang semalaman supaya ia lembut dan anda tidak perlu mengukus terlalu lama.


  • Pastikan lebihan cecair/air pada kacang di keringkan betul supaya bila dikisar kacang tidak menjadi lembik.


  • Gula perang jangan diabaikan sebab ia akan memberikan warna yang cantik pada inti.


  • Apabila memasak inti, pastikan ia tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Apabila inti terlalu basah, inti akan terkeluar dari kulit kuih apabila anda bakar. Jika ia terlalu kering, inti anda tidak sedap.


  • Golden syrup memberikan warna perang yang cantik. Jangan abaikan jika anda hendakkan kuih anda nampak perang yang cantik.


  • Jika inti terkeluar dari kulit kuih anda, perlahankan api oven kepada 180 c. Tapi anda kena ingat jika anda bakar kuih dengan kepanasan ini, kuih anda akan nampak pucat tapi rasa tak terjejas lah.

1 comments:

Chik Mimi said...

Bdaria ghajennya ,kat Png alhamdulillah ada yg bumiputra buat so mmg sll beli,sedapkan tau sar piah ni.husband sy panggil kuih Dragon Ball