Topik nie lari sikit dari
topik pindah rumah atau topik masak-masak. Saya cuma nak kongsi sedikit
cerita dengan anda berkenaan dengan CUKAI. Saya call adik perempuan ke 4
saya tadi untuk tanya tentang persiapan kahwin dia bulan 6 nie. Dalam dok
cerita-cerita tu dia pun mengadulah kat saya tentang hal dia kat pejabat
semalam. Dia nie kerani admin so dia ceritalah pasai staff2 kat ofis dia
yang 'mengamuk' sakan bila pihak admin buat potongan PCB dan daftarkan fail
cukai mereka. Staff kat ofis adik saya nie kesemuanya adalah profesional dan
berpendidikan universiti. Adik saya ceritakan semua maki hamun
mereka....yang paling menyentuh hati saya adalah kata-kata macam nie
"aku laknat pegawai income tax.....tak halal ambik duit aku"
"income tax nie perampas duit rakyat"
"orang income tax nie semua makan duit haram......aku tak halal dunia akhirat.....minta anak-anak mereka benak2 belaka"
Itu hanya sebahagian dari kata-kata mereka yang saya paparkan tapi yang pasti mereka sumpah seranah orang income tax dengan teruk sekali hanya kerana PCB RM50 dipotong setiap bulan dari gaji mereka setiap bulan.
Bukan sahaja orang luar tapi adik saya yg ke 2 juga mempunyai pandangan yang pelik bila sebut CUKAI. Baru-baru nie dia call saya dan kemudian membebel pasai duit kat akaun bank dia banyak so dia nak pindahkan ke akaun bank2 lain. Saya tanya kenapa pulak nak buat macam tu. Dia kata "nanti aku kena cukai......orang income tax bukan boleh tengok kalau duit kat bank banyak sikit tentu depa nak tax aku". Saya kata kat dia "mana hang dapat cerita yang duit kat bank kena cukai.....hanya laba dan keuntungan perniagaan saja yg kena cukai bukan duit hang dalam bank tu(dia ada business)". Dia kata kat saya "hang mana tau.......kawan aku dah kena sebab tu aku risau.....aku tak mau bayar cukai.....aku tak ingin sesen pun duit aku bayar cukai". Saya pun apa lagi panaslah hati so saya kata "oooooo masa anak hang dapat komputer kat sekolah hari tu..... bukan main suka lagi.....hang ingat duit mana beli komputer tu.....kerajaan ambik kat langit ka.....itu duit cukai yang aku bayar dan rakyat Malaysia lain bayar tau". Lepas dia dengar saya cakap macam tu bukan main marah lagi....sampai sekarang bila saya call dia dah tak nak angkat tapi tak pe.....dia tu panas sekejap je....lepas nie dia call saya balik.
Kenapalah buruk sangat pandangan orang terhadap income tax nie. Income tax hanya menjalankan tanggungjawap yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memunggut cukai daripada orang yang LAYAK dikenakan cukai. Duit cukai itu dimasukkan terus dalam akaun rezab kerajaan......tak ada satu senpun duit tersebut masuk ke tangan orang-orang income tax.....income tax hanya akan diberikan fee oleh kerajaan sebagai upah memunggut cukai. Fee inilah yang digunakan untuk membayar gaji-gaji pekerja income tax dan belanja pengurusan. Duit-duit cukai tersebut digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan negara.....jika anda lihat anak anda belajar disekolah yang lengkap....anda bawak kereta di jalan-jalan raya yang baik......ada hospital yang boleh anda pergi bila sakit....ingatlah itulah duit cukai yang anda bayar....itulah duit anda. Berbanggalah jika anda boleh bagi sedikit sumbangan untuk negara. Jika tak mahu bayar cukai ......bayarlah zakat. Ingatlah 2.5% daripada pendapatan/keuntungan anda adalah hak orang lain. Malulah....jika anda tidak menyumbang apa-apa tapi hanya tahu merunggut dan memaki hamun.
3 comments:
100% agree... :)
betul....bagi orang yang tak bayar cukai tu rasanya tak layak duduk Malaysia....yang dok bising tanya apa yang diorang buat dengan duit cukai....cuba diorang buat jalan sendiri, sekolah sendiri ...mampu ke...kalau tak mampu redhalah duit ciput yang korang bayar ke kerajaan...duit tu la diguna untuk bina sekolah, masjid dan jalan yang anak-anak korang akan guna masa akan datang....apa yang income tax kutip sesen pun tak dapat ke income tax...semua diserah ke gov.....pekerja hanya dibayar gaji bulan yang sama dengan pekerja syarikat lain...takde istimewanya pun...pekerja diorang kena bayar cukai sama macam pekerja kerajaan lain...sedarlah....duit cukai yang kita bayar tula menjadikan negara kita membangun....kalau tak nak bayar cukai bayarlah zakat...nikadang-kadang ...bising tak nak bayar cukai ..nak bayar zakat...tapi zakat pun tak bayar....
Dessy, bila adik sy bercerita ttg maki hamun thadap staff income tax, mmg rasa geram sgt sbb yg maki hamun nie adalah seseorg yg berpendidikan bukan org yg tak pergi sekolah. Mereka semua lupa yg mrk kakitangan kerajaan dan duit gaji mereka dibayar dengan duit yg dikutip oleh orang income tax nie lah. Siap menyumpah supaya anak-anak pekerja income tax benak2dan terencat akal. Tak sangka dah belajar tinggi pun...perkara simple mcm nie pun mrk tak tahu. Kesian kat mereka kan.
Post a Comment