Butter Cake
Bahan-bahannya:-
- 225gm tepung naik sendiri
- 75gm tepung gandum
- 180gm gula castor
- 150gm butter- dalam suhu bilik
- 155ml susu-pastikan ia pada suhu bilik
- 3 biji telur-pada suhu bilik
- sedikit esen vanilla
Cara-caranya:-
- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 c selama 10 minit
- Timbang kedua-dua tepung dan ayak. ketepikan
- Masukkan butter dan gula dalam bekas dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebijik sehingga habis
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung berselang seli dengan susu. Buat sehingga habis.
- Masukkan esen vanilla, kacau sebati.
- Leserkan bekas kek dengan sedikit butter dan tuangkan bancuhan kedalamnya.
- Tekan-tekan permukaan kek dengan mengunakan belakang sudu.
- Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 c (terpulang kepada oven anda, saya guna 150 c sahaja)
- Bila sudah masak, biarkan kek sebentar dalam oven selama 5 minit sebelum dibuka pintu oven.
- Angkat dan anda boleh ayak gula aising diatasnya sebagai hiasan.
0 comments:
Post a Comment