Dalam memilih kontraktor nie.....saya bukan tak nak
tolong bangsa sendiri tapi banyak sangat cerita-cerita negatif yang saya
dengar dari kawan2 yang terkena malah saya dah terkena sendiri (entry yang
lepas) maka saya malas nak nak upah kontraktor melayu. Tapi bila ada yang
bagus maka saya akan war-warkan supaya anda tahu ada kontraktor melayu
yang bagus dan mari kita sama-sama sokong mereka nie. Seharian hari ini
saya dok tunggu dan tengok kontraktor nie buat kerja.....saya puas hati
dengan kerja mereka yang kemas dan cermat malah upah yang dikenakan juga
berpatutan.
Inilah hasil
kerja dari kontraktor melayu yang saya amat-amat puas hati. Jika anda
mencari kontraktor untuk membuat renovation kat rumah baru anda seperti
kerja2 wiring, plumbing, painting, tilling malah mereka juga buat kerja2
hiasan dalaman seperti rak TV, kitchen kabinet. Saya sengaja tanya harga
kitchen kabinet design macam saya dengan material yang sama.....mereka
bagi tau dalam lingkungan harga RM5000++ yang mana lebih murah beberapa
ribu dari harga yang saya perolehi. Ribu-ribu bezanya.....kalau saya jumpa
syarikat nie awal-awal maka dapatlah saya buat kitchen kabinet bersama rak
TV untuk ruang tamu dengan harga yang saya bayar kat Unity
Design.
Inilah hasil kerja dia.....upah plumbing dan turunkan poin saluran paip kebawah sedikit dari yang disediakan oleh pemaju supaya sesuai dengan singki jika tak buat maka ia akan mudah tersumbat......bukan senang kerja nie sebab mereka kena pecahkan simen dinding untuk turunkan saluran paip....upahnya cuma RM200.
Ini pulak poin plug tambahan yang dipasang dekat dapur.......kemas sahaja kerja dia. Saya pernah tanya kontraktor lain mereka kata "ohhhhh.....kalau u nak tambah poin....kita kena pecahkan tile tu.....kami cadangkan pakai plug tampal yang besar tu supaya tak payah tebuk dinding", tapi kontraktor nie bila saya kata saya nak plug tambahan yang selari dan sama dengan plug asal, mereka jawap "ok...kami boleh buat". Kan senang tak banyak cerita......cantik pun cantik. Plug saya tu tak sama jenis sebab saya malas nak cari plug jenama ERA yang dipakai oleh pemaju.
4 comments:
salam bdaria, walau tak ada n3 masak2, k.nor tetap dtg tiap kali ada n3 baru ttg kisah pindah rumah.. seronok baca pengalaman masuk rumah baru ni.. boleh dijadikan panduan kan.. tq for sharing :)
hahaha..
tabik ler,
independent bagus gak
dulu blm kawin mmg saya buat semua,
jarang mintak tlg abg ker, adik ker ayah ker.
tp start kawin, semua saya suruh en suami buat.
klu dah emergency atau en suami xde kat umah, baru ler saya buat sdr.
salam, boleh saya tau name syarikat yg wat plumbing n wiring tu..nak gi tgk kitchen cabinet, tgh survey ni...
Anonymous, mula dahulu memang saya masukkan nama kontraktor tu dalam entry nie, saya delete kemudiannya. Ada sebab mengapa saya berbuat demikian. Sebenarnya saya menyesal puji mereka terlalu awal sebab wp kerja bagus tapi timbul masalah selepas itu maka saya delete nama mereka. Harap maaflah sebab saya dah buang semua kad busines mrk.
Post a Comment