Balik rumah hanya hujung minggu sahaja so progress kitchen kabinet pun slow sbb hanya hujung minggu saja kontraktor boleh buat kerja. Bab kitchen kabinet nie memang serabut kepala sbb kontraktor tu tak bagitau perkara penting. Masa nak pasang granite, kontraktor minta nak bukak semula paip air yang sudah dipasang oleh plumber.....bila dah bukak tak reti nak pasang balik. Wakil unity Design bagitau 'u patut jangan pasang paip lagi sebelum kami pasang granite', saya jawap balik "apa u ingat saya nie tiap2 hari buat kitchen kabinet ke?, U yang sepatutnya uruskan hal-hal nie dan bagitau saya". Akibatnya paip singki tak boleh guna. Saya call plumber melayu yang saya promote dalam entry sebelum nie mintak dia datang ke rumah untuk betulkan semula paip singki. Masa nie lah saya rasa menyesal promote plumber nie....dia janji hari ahad nak datang baiki.....that days adalah hari pertunangan adik lelaki saya kat Gombak. Lepas kami sekeluarga pergi hantar rombongan ke Gombak dan bila tamat sahaja majlis saya pun bergegas balik ke rumah sbb dah janji dengan plumber nie. Tunggu punya tunggu tak muncul2....rasa berasap je sbb kita punyalah bergegas dari Gombak ke kota Damasara. Dah lah tak datang.....hantar mesej bagitau pun tidak....nak mintak maaf jauh sekalilah.
Keesokkannya...awal2 subuh drive pergi
semula ke tempat kursus. Bila time rehat saya cuba call plumber nie....minta
dia datang jugak sabtu depan (19hb Mac) sbb berlaku leaking so basah papan
kitchen kabinet bawah singki. Tanpa mintak maaf sbb tak datang pada
Ahad....dia berjanji nak datang pada hari sabtu. Sampailah hari sabtu, saya
call dia untuk confirm...pukul berapa nak datang. Dia kata jam 2 dia datang
rumah. Ok saya tunggu lagi......sampai tertidur kat sofa...sedar2 dah jam 5
petang. Kena tipu lagi....jangankan nak mintak maaf....call saya pun dia tak
angkat. Saya memang menyesal puji kontraktor nie dalam entry terdahulu. Baru
nampak attitute sebenar....baru je berangan nak buat TV cabinet bila dapat
bonus dengan kontraktor nie. Macammana orang kita nak maju dalam bisnes
kalau perangai macam nie. Sakit betul hati sbb saya tak boleh masak
lagi.....saya dah gian sangat nak masak nie.
Ini satu hal
lagi.....beli dapur masa warehouse sale.....kontraktor kitchen kabinet dah
pasang dapur dan hood tapi dia tak pasanglah penyambung gas (takan itupun
dia nak pasang kan....confiden boleh pasang sendiri). Semalam hari Ahad saya
pergilah kekedai runcit tak jauh dari apartment beli gas dan wayar
penyambung gas. Sampai kat umah...cubalah pasang sendiri tapi dapur tak mahu
menyala....bau gas semerbak macam sambungan tu tak dipasang dengan betul.
Aduhhhh susah juga ye kalau tak ada orang lelaki nak tolong. Sebab risau
meletup dapur saya terus cabut balik penyambung gas dan tak pasang.
Melepaslah rancangan nak buat nasi dagang.
Inilah singki yang tak boleh nak digunakan lagi. Oleh kerana letih menunggu sepetang....saya cubalah pasang balik penyambung paip nie dan penyambung singki....mujur2 bolehlah guna sementara waktu sebelum 'pakar' datang pasang. Oklah....hasil kerja tangan tak berapa mahir saya.....bolehlah guna nak basuh pinggan 2/3 biji tapi lepas tu kena tutup hose paip semula sbb leaking. Dalam kabinet tu saya letakkan beberapa besen untuk tampung air yang leaking. Nampaknya saya kena cari plumber lain.....tadi saya call plumber melayu tu sekali lagi tapi dia kata 'sorrylah akak saya sibuklah sekarang nie, nanti kalau ada masa saya datanglah umah akak'. Jawapnya tak datanglah tu.....masa nak promote service dia dulu ' akak jangan bimbang kalau berlaku leaking call je saya....saya akan datang'. Hampeh punya plumber.
Oh ye....selepas
mengunakan khidmat Unity Design dalam mereka bentuk kitchen kabinet saya
nie. Komen saya, jika anda boleh mencari kontraktor yang direct dari kilang
lebih bagus. Unity design hanyalah orang tengah sahaja.....pembuatan badan
kitchen kabinet adalah dari kilang lain dan granite juga dari sumber yang
lain. Jika saya bagitau anda berapa kos kitchen kabinet untuk ruang dapur
yang sekecik itu anda tentu terkejut sebab terlalu MAHAL. Saya memang benar2
menyesal buat pilihan ini. Dari segi workmanship memang saya puji....kemas.
Susah buat kerja
tanpa pertolongan orang lelaki.....wp adik lelaki saya hanya berada kat
Gombak tapi entahlah mengapa saya tak pernah call dia mintak tolong.
Daripada dulu lagi saya memang suka handle everything seorang diri......saya
tak suka susahkan orang. Alasan yang my 1st ex-bf bagi masa dia nak kahwin
dengan orang lain slps 3 tahun berkawan dengan saya adalah " u terlalu
independent...i nak cari isteri yang bergantung kepada i lagipun kedudukan u
tinggi sangat". Selepas bercinta 3 tahun baru dia bagi alasan tu. Susah
rupanya kalau jadi perempuan yang terlalu independent sangat
nie.
5 comments:
As salam ..patutlah lama tak bersiaran..kita selalu ikuti perkembangan awak..harap harap bersabar ..walau camnerpun kita tetap suka baca entry yang tak pernah membosankan...
Dapur tu dah nampak cantik ngan warna BW..
Melayu mudah lupa, mcm mana lah nak maju mcm tu kan..duit dah dapat n nak kena dtg free sbb tu dia tak mau dtg kot.
pada pendapat saya baik upah kontraktor yg sama utk buat semua keje especially bila melibatkan kitchen kabinet ni. Dulu saya suruh kontraktor kitchen kabinet cari plumber dan org utk pasang hood n hob, w/pun mahal sikit tp puashati, sbb dia tahun mana yg patut buat dulu.
Salam Bdaria....berkenan dapur Bdaria.Kak rus pun bercadang nak tukar kabinet dapur kak rus yang dah fesyen lama tu.Tapi bila baca catatan Bdaria....kak rus tertanya berapa la harganya sebab nak kena ketuk yang lama tu...huhuhu...
To Nazrah, Tq sbb selalu berkunjung ke blog saya.
To Jamie, yalah...kitakan belajar dari pengalaman. Pertama kali buat KC so tak tau semua benda2 tu....bila dah kena macam nie barulah tahu. Saya paparkan supaya org yg tak buat KC lagi boleh ambil ikhtibar dari pengalaman saya.
To Kak Rus,
Kosnya dalam RM8 ribu termasuk caj pemasangan dapur & hood. Ini kos ikut keluasan dapur saya....ikut kaki persegi. 31Mac nie ada pameran Perfect Livin kat PWTC so kak rus blh survey quotation. Jgn tergesa2, take time dptkan quotation yg terbaik. Kak rus boleh dpt hg yg lebih murah drp harga KC saya. If u boleh dpt quotation direct dari kilang yg buat KC lagi bagus.
Post a Comment