Satu lagi entry tertunggak......hidangan berbuka pada hari sabtu lepas. Saya tak dapat update blog pada hari minggu lepas sebab line internet slow nak mampus......asyik2 terputus-putus....sakit sungguh hati.....daripada dok maki hamun celcom berukband tu yang akan mengurangkan pahala puasa baik tutup terus notebook. Lauk simple je....kalau nak tahu hati saya nie melonjak-lonjak nak masak kuih muih dan manisan untuk berbuka.....oleh kerana sekarang nie dalam proses mengecilkan ukurlilit perut maka terbantutlah idea tu. Alangkah indahnya kalau saya ada jiran-jiran apartment nie yang boleh dibagi jaudah berbuka....mahunya saya masak dan bagi mereka....saya sanggup masak....tak makan tak apa asalkan dapat masak dah cukup. kalau bulan tak puasa...kawan-kawan kat ofis jadi mangsa. Bulan puasa nie tak ada siapa pulak nak dijadikan mangsa. Apartment saya nie masih baru jadi saya tak ada jiran.
Inilah resepi simple sotong masak kicap....semua orang tahu buatkan....mungkin ada berbeza dari segi satu dua bahan sahajalah.....tak kisahlah asalkan sedap semua ok je tak ada resepi yang betul atau yang salah. Sedap kat mulut saya belum tentu sedap kat mulut anda.
Sotong Masak Kicap
Bahan-bahannya:-
300gm sotong segar-bersihkan dan potong membulat
2 ulas bawang merah-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
1 biji cili merah dipotong serong
1 inci halia-dipotong memanjang
1/2 cawan kicap manis
1 batang serai-diketuk
1 sudu makan sos tiram
1 keping asam jawa
1 biji bawaang besar-dipotong membulat
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, serai, halia sehingga naik bau
2. Masukkan kicap, sos tiram, asam keping, cili merah. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan sotong dan bawang besar. Biarkan sehingga bawang besar layu sikit dan kemudian tutup api. Jangan biarkan sotong dimasak lama dalam kuali sebab ia akan menyebabkan sotong keras.
4. Angkat dan hidangkan
Nota:-
- Air tidak dimasukkan dalam masakan ini sebab sotong akan mengeluarkan air.
- cili merah saya gantikan dengan cili padi
1 comments:
hm! klu kt apmt tu lum ada jiran lg, apa kata baling sikit kt jiran yg ni ha....ekehkehkeh
Post a Comment