Monday, August 8, 2011

Kuih Cara Manis




Kuih manis yang pertama kali dibuat sepanjang beberapa hari kita berpuasa nie. Nak jugak makan kuih manis......tak tahan bila tengok blog kawan-kawan siarkan kuih muih yang sedap-sedap. Bancuhan yang saya buat nie hanya untuk 2 orang makan, dapatlah 6 biji seorang. Oklah kalau siapa-siapa yang nak buat sikit.



Kuih Cara Manis


Recipes & Publish by resepidaria.com



Bahan-bahannya:-



80gm tepung gandum

1 biji telur

50ml santan pekat (saya guna santan kotak)

120ml air perahan daun pandan

1 tsp minyak masak (saya tak masukkan dalam bancuhan)

sedikit garam

Sedikit gula

sedikit minyak untuk dileserkan pada acuan



Cara-caranya



1. Potong 2 helai daun pandan dan blender bersama sedikit air kemudian tapis dan dapatkan patinya. Sukat air menjadi 120ml sahaja dan ketepikan. Jika tiada daun pandan, guna 2/3 titik pewarna hijau (alternatif untuk anda)

2. Masukkan tepung dalam bekas. Buat lubang ditengah-tengah tepung dan pecahkan telur. Masukkan garam, santan dan kacau rata dengan whisk tangan. Masukkan air separuh dan sebatikan sehingga jadi bancuhan pekat. Masukkan baki air, minyak dan kacau rata sehingga menjadi bancuhan yang cair.

3. Rehatkan dalam 15 minit

4. Letakkan acuan cermai/bahulu atas api.

5. Leserkan sedikit minyak dalam setiap lubang acuan(saya guna kertas tisu masakan untuk celup sedikit minyak dan leserkan pada acuan)

6. Bila acuan sudah panas, tuangkan bancuhan sehingga penuh, buat sehingga habis.

7. Sudukan 1/2 tsp gula dan tuangkan ditengah-tengah kuih.

8. Tutup acuan dengan tudung periuk

9. Pastikan api perlahan sahaja supaya kuih anda tidak hangus

10. Apabila bahagian permukaan kuih sudah masak (tiada lagi nampak mentah tepung), boleh angkat. Guna lidi satay untuk kais kuih keluar dari acuan supaya bentuknya cantik.


Nota:-

- Saya hanya masukkan sedikit gula (hujung sudu shj) sebab itu kuih saya nampak licin sahaja permukaannya. Pengunaan gula adalah terpulang kepada selera anda.


- Hasil kuih cara adalah bergantung kepada acuan anda. Pastikan anda telah mengambil tindakan sepatutnya supaya acuan anda tidak melekat.


- Anda boleh masukkan dalam oven jika tidak mahu guna api dapur



4 comments:

Ummi said...

Salam dan selamat berpuasa Bdaria...waaah ada cara manis...sedap nih...cuma xleh nak tibai banyak2 la kan..mcm cara berlauk tuh..hehee...takut kena potong jari lak nnt..hehe

Amie said...

lawalah pulak kuih cara manis dia.... warnanya hijau berseri tanpa cacat-cela!

bdaria said...

Salam Ummi, selamat berpuasa juga utk ummi. Sebab tu saya buat sikit je dan bagi sukatan bahanpun utk 12 biji je. Tak boleh banyak2 nanti mulut nak makan semua.

bdaria said...

Salam Amie,

Mungkin acuan bahulu tu elok kot. Acuan tu tebal dan berat tapi bukan acuan tembaga sebab beli kat Bakery Bagus dgn harga 24 sahaja. Kuih nie tengok acuan jugak, acuan nipis...kuih hangit, acuan melekat...kuih huduh.