Donat nie dibuat pada hari ahad lepas....nie
entry tertunggaklah kiranya. Untuk bulan ramadhan tahun nie saya dah berazam
untuk mengamalkan berbuka puasa secara sederhana atau dalam erti kata lain
diet. Selepas selesa dengan berat badan 66kg awal tahun nie....saya mula
meninggalkan tabiat makanan yang diamalkan selama ini.....bila nak beli baju
raya minggu lepas.....baru terngangga mulut.....balik rumah timbang....tu
dia 72 kg youuuuuuu.....naik sampai 5 kg. Jadi sebab itulah kesempatan
ramadhan nie saya berazam dan bertekad untuk kembali mengamalkan cara
pemakanan sihat dan diet.
Tengoklah betapa gebunya donat ini......memang resepi donat yang paling bestlah yang saya dah buat.
Atas sebab itu selepas
ini akan jarang muncul entry masak-masak kat dalam blog saya dalam bulan
puasa nie. Takan nak postkan juga entry masak makanan diet yang
tersangat sempoi.....setakat nie setelah 3 hari berpuasa saya masih
boleh menahan diri dari mengidam makanan yang sedap-sedap terutama kat
pasar ramadhan tu. Saya cuba untuk mengurangkan pengambilan makanan
manis dan bergoreng.....moga tekad saya nie berpanjangan sampai habis
ramadhan....insyaallah.
Donat nie saya buat untuk
menghabiskan tepung roti yang dah lama dalam balang tu. Niat dihati nak
buat frozen untuk digoreng bila teringin masa berbuka. Resepi donat nie
dah ramai yang mencuba....resepi dari Fatimah Bahalwan dari NCC. Dalam
resepi nie ada guna 4 biji kuning telur tapi saya 'sayang' kat telur
putih tu jadi saya tak ikut resepi.....saya guna 2 biji telur dan
mengurangkan sukatan air. Hasilnya memang sedappppp sangat.....apa yang
pasti saya boleh habiskan 6 biji donat sekali hadap (ini sebelum nekad
nak diet). Tengok macammana berat badan tak naik.....makan memang tak
ingat kalori.
Tengoklah betapa gebunya donat ini......memang resepi donat yang paling bestlah yang saya dah buat.
Donat
kentang
Photo & Publish by
resepidaria.com
Bahan-bahannya:-
* 500 gram tepung protein
tinggi/tepung roti
* 50 gram susu
tepung
* 11 gram ragi segera @
mauripan
* 200 gram kentang yang
telah dikukus, lenyek dan sejukkan
* 100 gram gula pasir
(saya guna gula halus)
* 75 gram mentega
* 1/2 tsp garam
* 4 biji kuning telur (
Saya guna 2 biji telur)
* 100 ml air sejuk (oleh
kerana saya guna putih telur, air 80ml shj)
Cara-caranya:-
1. Dalam bekas, campurkan
tepung, gula, susu tepung, ragi segera dan kemudian gaul rata. masukkan
kentang yang telah dilenyek dan disejukkan tadi. Gaul rata. Masukkan
telur dan air sejuk, uli sehingga sebati.
2. Masukkan mentega dan
garam, uli lagi sehingga elastik. Rehatkan selama 15 minit.
3. Timbang doh seberat
50gram dan kemudian bulat-bulatkan. Rehatkan lagi selama 20 minit
sehingga kembang.
4. Lubangkan ditengahnya
menjadi bentuk donat. Goreng dengan minyak yang penuh dengan kepanasan
yang sederhana sehingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan
dengan tisu masakan. Taburkan gula yang telah dimesin halus atau
disaluti dengan coklat. Ikut suka anda.
1. Sediakan semua bahan
terlebih dahulu tanpa ada yang tertinggal satupun walaupun garam.
2. Ragi tidak boleh
dicampurkan dengan garam atau mentega. nanti ragi mati dan adunan tidak
mengembang. Garam dan mentega dimasukkan kemudian setelah adunan sudah
menjadi doh.
3. lenyek kentang
sehingga benar-benar halus. Jika perlu boleh diblender supaya adunan
licin dan tidak berbiji-biji.
4. Setelah kentang
dilenyek ia harus di sejukkan terlebih dahulu. Jika tidak
disejukkan....boleh menyebabkan ragi tidak mengembang.
5. Uli adunan sehingga
elastik sehingga apabila dibulatkan, permukaannya halus dan licin.
Bulatan yang halus dan licin akan membuatkan donat cantik apabila
digoreng.
6. Rehatkan adunan selama
20 minit (bergantung pada cuaca ditempat anda), tutup dengan
plastik/kain bersih supaya permukaannya tidak kering.
7. Buat lubang
ditengahnya kemudian digoreng dengan minyak yang sederhana panas (jangan
terlalu panas supaya bahagian dalamnya masak sempurna)
8. Dengan mengunakan
chopstik, buat gerakan membulat pada lubang donat ketika donat mula
digoreng supaya bentuk donat bulat cantik.
9. Bila bahagian bawah
donat sudah kekuningan, terus balikkan. Angkat dan toskan.
Tips untuk
hasil donat terbaik (dari majalah Sedap Bil 1)
1. Ketika menggoreng
donat jangan dibalik-balikkan supaya donat tidak akan menyerap minyak.
Cukuplah sekadar dibalikkan sekali sahaja
2. Setelah sejuk, donat
seeloknya disimpan ditempat kedap udara atau dimasukkan kedalam beg
plastik supaya kulit donat tidak kering.
3. Tekan adunan sehingga
benar-benar hilang udaranya supaya donat tidak menggelembung ketika
digoreng (Ini pada step no 3, resepi diatas. Sebelum adunan ditimbang 50
gram)
4. Penapaian(tempoh
rehat) terakhir seeloknya disesuaikan dengan suhu bilik. Apa yang lebih
penting adalah donat yang terlebih penapaian (tempoh rehat) akan
berkedut dan donat yang kurang masa penapaian (tempoh rehat) tidak akan
mengembang dengan sempurna. (ini pada step no 3 resepi atas iaitu
rehatkan doh selama 20 minit).
5. Pastikan bahawa donat
yang pertama digoreng adalah donat yang pertama kali dibentuk.
6. Menggoreng donat lebih
baik menggunakan minyak goreng yang penuh. Tujuannya adalah supaya donat
tidak menyerap banyak minyak.
2 comments:
hehhehe...daria...citer pasal diet ni memang tak dek kesudahannya...heheeh...sejak berblog ni lagi la..tiap2 hari ada je menu nak dicuba...itu pun nasib buat skit skit.saje nak merasa...kekeke...saya dah lama tak timbang berat..memang sedih bila teringat zaman kurusku...huhuhu
uih..makan donut ni memang buleh naik berat bdn kan? tapi memang sedap la tambah2 kejadiannya menggebu. sya tak pernah buat yg letak kentang. apa2 pun boleh di cuba la nnti.
Post a Comment