Semalam saya tak
masak....beli saja kat pasar ramadan Paya Jaras. Oleh kerana hari sabtu nie
ada tetamu yang akan berbuka puasa kat rumah maka semalam lepas je keluar
ofis terus drive ke pasar malam Paya Jaras untuk beli barang-barang basah
seperti ikan, ayam, sayur, buah dan makanan berbuka sebab dah lewat kalau
nak masak. Biasalahlah kalau pergi pasar ramadan bulan-bulan puasa
nie......semua makanan kat situ semua nampak sedap dan nak beli. Mujur tak
ikut nafsu sangat semalam so saya cuma beli tepung pelita Paya Jaras dan
laksa Penang. Kedua-dua belah tangan saya penuh dengan barang yang
dibeli.....itu belum lagi ditambah dengan barang yang dibeli kat Tesco masa
time rehat jam 1 semalam.
Sampai je kat rumah...letak
barang-barang dan mana yang perlu dimasukkan dalam peti ais...saya masukkan
dahulu. Makanan hidangan berbuka letak kat meja makan. Ambik periuk kecil
dan masukkan sebiji telur dan air....pasang api dan letak periuk atas api.
Sudah selesai semua tu terus masuk bilik untuk mandi dan sembahyang. Lepas
semua siap terus ke sofa berehat sbb tak perlu masak pada petang nie. Buka
Facebook dan hantar mesej kat kawan yang dah lama tak bertegur sapa sejak
bulan posa nie. Line internet waktu nie tak yah cakaplah....slow
giler......kena tunggu lama nak tenguk tulisan yang ditulis pastu lama
tunggu lepas enter....memang fed-up sungguh.
Masa duduk ralit menulis mesej
kat FB, tiba-tiba POMMmmmmmm bunyi kuat dari arah dapur......melompat saya
bangun dari sofa dan berlari ke arah dapur. pucat lesi masa
nie.....terkejut.
Tu dia!!!!!!!!!!!!!
Telur
yang direbus dalam jam 5.15 tadi meletup sebab terlalu lama kat atas api.
Mujur periuk nie tak terpelanting......kalau tak habis pecah hood dapur.
Masa nie dah 6.35 petang.
Jadi saya gorenglah semula sebiji telur sebagai
ganti telur rebus yang meletup tadi untuk dimakan bersama laksa....kalau tak
laksa nie kosong sangat.
Lepas je azan maghrib, saya memulakan dengan 3 biji
kurma dan 3 gelas air suam dan kemudian masuk sembahyang. Lepas sembahyang,
ambik pingan dan keluarkan tepung pelita yang disimpan supaya sejuk sikit
kat dalam peti ais.
Tepung pelitaku up side
down.....dah tak nampak rupa lagi....inilah kejadiannya
frustttttttttttttttt......ambik sudu dan
rasalah sikit mana yang terselamat tu. Jamahlah sikit nak tahu betul ke
sedap tepung pelita kat sini. Mujurlah kureeeeng sikit bagi saya. Teksturnya
lebih kepada rasa kuih tako. saya tak minat tekstur macam tu.....jadi tak
lah ralat sangat-sangat. Masukkan balik dalam plastik dan buang dalam tong
sampah.....rugi RM2 untuk tepung pelita sebesar 2 jari saya nie. Kecik
bebenor kuih sekarang ye.....kesian kat orang yang ada anak
ramai.....berapalah yang habis sekali pergi pasar ramadan ye.
Jadi begitulah kisahnya
kejadian ketika berbuka semalam.....saya hanya makan semangkuk laksa penang
(mujur sedap) dan 5 gelas air suam serta 3 biji strawberry lepas sembahyang
terawih.
2 comments:
takpelah byk bersabar di bulan ramadhan ini..alhamdulilah di atas rezeki diberi olehNYa..
Alahai siannya ,heheh 1st time tengok org makan laksa dengan telur goreng. tak pe kita yg buat diakan
Post a Comment