Bulan puasa nie kami
diberikan kebenaran oleh HQ untuk balik awal jam 4 petang sebab time rehat
dipendekkan 30 minit. Selalunya balik jam 4.30 petang sebab tak mahu
bertembung dengan budak2 kolej yang begitu ramai menginap di apartment tu
nanti akan berlaku 'perebutan' untuk naik lif.
Saya dah 5 bulan menetap di
apartment yang dibeli dengan harga RM220 ribu tu dan tiap2 bulan bayar
maintenance fee sebanyak RM150. Perasaan happy masa pindah masuk rumah dah
mula berkurangan sejak akhir-akhir nie sebab banyak unit-unit kat aparment
tu disewa untuk dijadikan asrama budak-budak kolej Segi dan Kolej
kejururawatan. Faham-faham sahaja lah kalau dah jadi asrama.....lif mula
diconteng, dikencing dan berbau busuk.....menjerit-jerit macam jalang setiap
masa hattta diwaktu sahur. Semalam mereka main merecun di koridor
apartment....dan menjerit-jerit macam kawasan lorong tepi jalan. Bila tunggu
lif...kena pula time budak2 tu turun bas maka tunggulah 15-20 minit kat
depan lif...sebab mereka serbu dulu. Kita nie dengan bimbit beg2 barang
terpaksalah bagi peluang. Budak-budak sekarang nie kurang ajar dan tiada
sifat hormat langsung. Terasa duduk di flat kos rendah bila berhadapan
dengan situasi begini.......terasa ralat membeli apartment yang kononnya
sedrhana mewah lengkap kolam renang dan membayar ansuran RM1200 sebulan.
Semalam saya balik kerja jam
4 petang.....sesampai dirumah keluarkan barang2 dibonet.....penuh kiri dan
kanan tangan. Masa keluar kereta....hanya beberapa orang budak kolej tengah
tunggu tapi bila tutup bonet kereta....mak aiiiiii berduyun budak2 kolej
sampai depan lif. Parking kereta saya sebelah lif so saya cepat-cepat jalan
kedepan salah satu lif....mujur sesampai saja pintu lif terbuka.....saya
masuk dulu dan terdengar suara kurang ajar dibelakang "oiiiii bagi orang tua
masuk dulu" sialan betul dikatanya saya orang tua....saya lepas
kebelakang.....sesaat kemudian lif penuh berhimpit (masuk selagi muat)
dengan budak2 kolej....semua keluar ditingkat 4, lepas keluar butang lif
semua merah dari tingkat 5 hingga ke tingkat 9. Sengaja tekan supaya pintu
lif terbuka disetiap tingkat.....memang kurang ajar.
Semasa kat ofis memang banyak idea nak masak tapi bila sudah sampai rumah ayam yang telah defrostkan dimasukkan balik dalam peti.....perasaan malas datang menyerang.....akhirnya saya keluarkan petola buat sayur masak air, ikan kembung goreng dan tumbuk lada tomato....cukup. Ketika lagi 30 minit nak berbuka.....tekak rasa nak makan benda manis.....apa yang paling cepat nak dibuat....maka timbul idea untuk buat kuih cara manis durian....kuih cara lagi.....nak buat macammana ini yang paling senang.
Tapi semalam, inilah hidangan yang paling menyelerakan bila makan nasi. Lama sungguh tak makan hidangan begini.....hidangan orang susah dulu.
Sayur petola masak air
Bahan-bahannya:-
Sebiji petola, dibuang kulit keras dan dipotong menyerong
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 sudu makan ikan bilis, dibersihkan
Sedikit belacan
400ml air
%;">Sedikit lada hitam ditumbuk (jika suka, saya tak masukkan pun)
garam secukup rasa
Cara-caranya:-
1. Masukkan air dalam periuk, masukkan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan belacan.
2. Rebus sehingga mendidih
3. Masukkan petola dan biarkan sehingga masak.
4. Masukkan garam dan tutup api.
5. Angkat dan hidangkan
2 comments:
salam kakak bdaria. saya sebenarnye dah lama follow blog kakak ni. suka tengok resepi kakak buat. tapi saya x de blog sendiri dan x pandai masak,tapi suka baca blog orng je :).Untuk pengetahuan kakak, saya pun duduk kat kasturi idaman (tingkat 14). saya perasan blog kakak ni masa saya ngah search pasal umah la. saya pun bujang juga. saya setuju sgt2 ngan kakak pasal perangai kurang ajar dak2 kolej ni sbb saya pun mengalami pengalaman yg sama mcm kakak. memang rasa dah x selesa duk sana. saya dah penah adukan masalah bising budak2 dan conteng lif ni. tapi diorang pun x leh nak wat ape ngan alasan mereka sewa kat apartment tu.memang jawapan x sedap telinga nak dengar.rasa gak ralat beli umah kat sini, tapi pikirkan balik nak wat mcm mana sbb dah beli. ok la kakak bdaria, selamat berpuasa :). oh ya lupa lak nak ckp nama. saya Aini.
Salam Aini, wah kita berjiran rupanya. Sy pun dah adu pd management offis, mrk kata itu diluar kuasa mrk tp mrk bagi no tel warden budak2 tu. Rupanya ada 3 kolej yg sewa kat situ. Pagi tadi kereta akak dicalarkan...satu garisan panjang yg dalam kat bonet kereta. Rasa berasap je...sakit jiwa duduk dgn jakun-jakun dan beruk2 nie. kalau nak chat boleh add akak kat FB Bdaria Hussein.
Post a Comment