Ini pulak kelas pizza dan kelas cheese cake yang dijalankan
pada jam 2.30 petang. Kelas dikendalikan oleh Chef Steven Goh, chef yang baru
kali pertama mengajar di bake with yen. sebelum nie chef banyak mengajar di
Bagus. Kelas dijalankan di Room 2. ketika jam 2 petang, seorang pekerja BWY
baru hendak mengemop lantai. bilik nie kotor sangat. bila kami masuk ke kelas,
kerusi masih bertindan ditepi dinding, lantai basah. kami ambil jugak kerusi
dan aturkan didepan meja panjang. Keadaan meja kerja juga amat kotor dan
berabuk. jam 2.30 chef dok kalut menyiapkan barangan sebab dalam bilik nie
apapun tak ada hatta peti ais punlangsung tidak dipasang. Chef goh sibuk
mencari plag penyambung untuk pasang peti ais dan mesin penguli. Madam yen
datang hantar kertas resepi yang baru difotokopi dan baru nak stapler. Chef
cari dapur, dapur langsung tak ada dalam bilik masak nie. Madam kata beliau
akan pergi beli. kami agak terkejut jugak, jam dah 2.40 petang tapi baru nak
pergi beli stove.
Chef terpaksa lap sendiri meja kerja dan kain lap tersebut digunakan untuk lap bekas2 masakan yang berabuk. kami jadi rimas tengok chef sekejap kehulu kehilir cari barang dapur sampaikan sudupun tak ada. chef mulakan jugak mengajar dengan membuat baked cocunut cheese cake sbb resepi nie tak guna dapur. Akhirnya dapur dihantar tapi dapur buruk yang hanya ada satu stove aje yang menyala.
Kelas di BWY sudah tidak semeriah dulu. Kelas nampak kotor dan serabut. Lipas berlari-larian di dalam kelas. Jika keadaan ini berterusan maka rasanya ramai chef tidak akan mengajar lagi disini dan kelas tidak akan semeriah dulu. Oleh kerana 'kesibukan' chef mencari alatan dapur maka kami tamat kelas dalam jam 5.30 petang dan masa nak balik tu baru nak suruh kami gi cari kotak untuk bawak balik makanan yg dibuat. kami hanya 5 orang dalam kelas, ingatkan bolehlah bawak balik lebih sikit sbb tak ramai orang tapi chef nie jenis kedekut. Pizza 3 biji hanya dipotong sebiji dan dibahagiakan 12 bahagian. 2 biji lagi dia bawak balik. Cheese cake dibahgikan separuh dan separuh tu pulak dipotong 6. Kami memang hampa sangat tengok 'kedekutan' chef dah lah kami bayar agak mahal RM60 untuk kelas nie.
Chef menggunakan pencucuh api untuk 'melonggarkan' bahagian
tepi yoghurt mouse bagi memudahkan ia dikeluarkan dari love shape mould. kalau
kita tak ada pencucuh nie guna aje hairdryer untuk melonggarkan mousse dari
acuan.
gambar kanan, chef sedang mengeluarkan mousse dari acuan.
gambar kanan, chef sedang mengeluarkan mousse dari acuan.
Chef mengeluarkan yoghurt mousse dari acuan dan menghias
dengan coklat triangle.
Chilled starwberry yoghurt mousse sedang dihiasi oleh
chef dengan coklat. Yoghurt mousse nie paling sedap. Rasa seperti ais krim
stawberry, memang tidak puas makan. Chef potong dibahagian bawah mousse nie
saja untuk dibahagiakan kepada kami berlima supaya stawberry kat atas tu
tidak disentuh.
Ini pula Baked coconut cheese cake. Selalunya saya kurang
sikit dengan cheese cake nie sbb muak tapi yang nie memang best sebab guna
baked coconut. memang wangi kelapa bakar dan paling best sekali ia tidak
terlalu manis sbb guna gula melaka.
Inilah sepotong yang diberi bawak balik oleh chef nie.
sempatlah saya posingkan dalam light box saya. Cuma latar biru nie rasanya
tidak sesuai sangat.
Walau apa pun saya memang berpuashati dengan Chilled
strawberry yoghurt mouse. kesedapannya membuatkan saya lupakan 'keserabutan'
dikelas tadi dan 'kedekutan' chef. Atleast berbaloi jugaklah bayaran RM60 tu
untuk 3 resepi nie.
0 comments:
Post a Comment