Kalau dah masak untuk makan seorang, selalunya saya akan buat sesuatu yang amat-amat simple. Nasi selalunya saya masak sekali sekala sahaja. Kalau saya teringin nak makan nasi, saya akan buat nasi kukus sebab kalau masak guna rice cooker, kena masak banyak sedangkan saya cuma nak makan sikit saja. Lagipun nasi kukus lebih sedap dan gebu.
Nasi Kukus
-
Masukkan beras dan air dalam bekas tahan panas dan kukus selama 30 minit
-
Selepas 30 minit, tutup api dan biarkan ia sebentar didalam periuk kukus.
Ini nasi kukus yang saya buat tengahhari tadi. Kalau anda peminat filem korea, anda pasti pernah terlihat adegan dimana jika pelakon makan seorang diri mereka akan masukkan semua lauk pauk dalam bekas besar dan kemudian gaulkan. Hari nie saya buat macam tu, bukan hari nie je memang selalu.....saya panaskan lauk2 baki yang disimpan dalam peti ais dan kemudian masukkan kedalam nasi kukus dan gaul rata.
Hari nie saya ubah template blog nie, saya suka yang simple dan tidak 'berat' dan sarat. Template nie nampak agak 'kosong' dan lapang, template sebelum nie cantik tapi agak berat. Bila kita meletakkan terlalu banyak widget kat blog, blog akan jadi berat dan ada beberapa blog yg dalam list saya, saya tidak boleh open bila mengunakan komputer kat umah sbb akan selalu 'tersangkut' sebab terlalu berat.
0 comments:
Post a Comment