Wednesday, May 26, 2010

Today is my birthday

Jam 5.15 petang tadi saya pergi gym FF The Curve. Sesampai sahaja dikaunter depan gym, saya leretkan kad gym di pintu pengadang kaca tetapi tidak terbuka. saya dah pelik kenapa nie....saya tak bayar ke...macam2 bermain difikiran. Saya leretkan kad sekali lagi...masih tidak boleh bukak. Akhirnya saya berpaling melihat staff di bahagian kaunter....bermaksud nak tanya mengapa. Saya lihat tiga pekerja kaunter depan senyum pada saya dan dengan serentak " happy birtday to you".
Satu perkataan yang mudah diucapkan kepada saya oleh ketiga-tiga orang yang begitu asing dalam hidup saya telah menjadikan saya gembira pada petang itu. Saya tersenyum sehingga ke bilik persalinan. why.....sebab seharian hari ini tiada seorang pun rakan-rakan sekerja atau kawan2 saya mengucapkan 'happy birthday' kepada saya.

2 comments:

Azian said...

Happy belated birthday bdaria.Semuga tabah menghadapi dugaan hidup dan bahagia selalu.

bdaria said...

Thanks azian. saya amat menghargainya.