Blog nie saya hanya menceritakan tentang masakan yang telah saya cuba dan cerita-cerita mengarut dalam celoteh manakala blog saya yang satu lagi saya lebih tumpukan kepada pengalaman diet saya. Jadi masakan dalam blog nie resepidaria.com nie tidak semestinya mengandungi makanan sihat sahaja....saya manusia, saya juga teringin nak makan makanan lazat-lazat. Kita semua sedia maklum makanan lazatlah yang mengandungi banyak kalori....kadang-kadang saya masak jugak maka tak perlulah nak bagitau " hei tu banyak kalorilah"....saya tahulah tapi dah saya nak makan juga tak boleh ke?. Saya nie bukanlah 'fanatik diet'.....saya rasa nak makan, saya makan.....bila ukurlilit pinggang saya bertambah.....saya berhenti dan kawal balik....yang penting saya tahu bagaimana nak kempiskan perut semula. Saya bukan hanya cari maklumat kat internet kemudian buat entry tentang bagaimana nak kempiskan perut tapi saya tulis apa yang saya dah praktiskan dan hasilnya. Bukankah itu lebih bermakna daripada cakap kosong.
Oklah jom kita tengok resepi ikan siakap kukus nie. Selalunya kita buat ikan kukus guna asam boi tapi kali nie mari cuba guna bahan semulajadi iaitu air perahan limau kasturi atau boleh juga guna limau nipis. Dalam peti ais saya tu ada hampir 30 biji limau kasturi....hasil dari ladang kat kampung.....besar-besar buahnya....selain dari guna dalam masakan dan cuci ikan saya guna untuk rambut. Resepi nie sedap...saya suka sangat....habis saya ratah ikan nie sampai licin tinggal tulang (tu dia ayat...nak tunjukkan resepi nie sedap hehehe...sorry bulan-bulan puasa nie buat ayat bombastik pulak)
Ikan Siakap Kukus
Sumber: Dunia Masakan Chef Sabri
Photo & Publish by resepidaria.com
Bahan-Bahannya:-
800gm Ikan Siakap
10gm halia (dipotong memanjang)
2 batang serai (dihiris halus)
2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris halus)
10 gm bawang putih (dihiris nipis)
40gm lobak merak (dihiris nipis memanjang)
30gm daun bawang (dipotong panjang)
2 sudu makan sos tiram
6 sudu makan kicap manis
2 biji air limau nipis (saya guna 1 biji limau kasturi)
2 sudu kecil gula
Cara-caranya:-
1. Gaulkan halia, serai, cili merah, bawang putih, lobak merah.
2. Masukkan sos tiram, kicap manis, gula, air limau nipis dan kacau rata
3. Basuh isi ikan hingga bersih dan letak di atas dulang kukusan. Taburkan bahan-bahan yang digaul rata tadi diatas ikan.
4. Letakkan didalam bekas kukusan dan kukus selama 20 minit
5. Hiasi dengan daun ketumbar.
0 comments:
Post a Comment