Sumber: Buku Festive
Cookies, Chef Asma 2007
Photo & Publish by
resepidaria.com
Bahan-bahannya:-
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk
penaik
1 sudu teh baking
soda
Bahan B
125gm gula aising
1/8 sudu teh garam
100gm badan kisar (panggan
terlebih dahulu)
1/2 sudu teh esen
vanilla
200gm minyak sapi (cairkan
dan sejukkan)
Pewarna:
Pewarna pink, hijau dan
kuning
Hiasan:
Gula kaster
Cara-caranya:-
1. Satukan semua bahan-bahan
kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh
2. Bahagikan doh kepada 3
bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh
ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap
doh
4. Bulat-bulatkan doh dan
susun didalam loyang pembakar.
5. Panaskan ketuhar dan bakar
pada suhu 150c selama 15-20 minit
6. Biarkan sejuk dan salutkan
dengan gula kastor.
Nota saya:-
1) Saya membuat doh dalam
bentuk memanjang dan kemudian susun memanjang macam piramid(2 warna dibawah
dan atas 1 warna) lepas tu hiris dan timbang seberat 10gm. Bila dah boleh
agak setebal mana yang patut dihiris....ia tidak perlu timbang lagi untuk
setiap bulatan kecil....dah boleh agak setebal mana perlu dihiris.
2) Pastikan berat setiap
bulatan doh tidak melebihi 10gm kerana biskut nie mengembang bila dimasak.
Tidak cantik jika terlalu besar.
3) Jangan terus masukkan
minyak sapi dalam adunan, masukkan sikit-sikit terlebih dahulu sehingga
menjadi doh dan boleh dibentuk. Pengalaman saya akan ada lebih sedikit
minyak sapi tersebut jadi jangan pakai tuang terus.
9 comments:
Assalam Bdaria...waah cantik je kukis suji kristal dia...hehe, akak ni nasib baik anak2 dara akak yg bereskan...xpun ntah la terbuat ke idak...hahahha
Salam Ummi,
memang leceh, nak kena timbang pastu baru bulat2kan. Saya buat kuih nie sampai tersengguk mengantuk dan boring sbb buat sorang2. Klu ada pembantu memang seronok buat kerja mengcookies nie.
salam k.bdaria....comeynye biskut akak ni.saya suka tgk biskut2 kat blog akak sbb kebanyakkannya biskut2 yg tradisional (evergreen)....hehe,rasa mcm nak try buat suji kristal ni tapi xberapa faham mcm nak lapis biar color dia tu cantik...hehe,kalau akak snap gambar yg tepung dilapis tu lagi real.mmg membantu le org2 yg baru nak berjinak dgn biskut cam saya ni.pepepun tq for sharing kak,harap halalkan saya nak try nanti (harap2 jadi le).
tak faham la macamana dikatakan susun macam piramid. boleh tak tunjuk step by step susun lapis warnanya. terima kasih
Assalam .... sukanya saya dgn blog Daria ni, tp boleh tunjukkan step by step nak susun warna cookies ni, tak faham la. Terima kasih
Assalam ... sy suka dengan blog Daria ni, boleh tak tunjukkan step by step macaman nak susun warna cookies suji ni, tak faham. Dah lama nak buat tapi tak jadi2 warnanya. Terima kasih
Salam Hasimah,
Insyaallah, saya akan tunjukkan step by step tapi mungkin akan ambil masa sikit sebab sekarang saya sibuk sangat2.
Assalam ... Terima kasih Daria jawap komen saya, Sy pernah belajar dgn Chef Asma masak talam, sy nak tanya, apa nama kertas yang dilapik dlm loyang utk bakar talam supaya mudah ditarik keluar bila talam dah masak. Sy guna kertas cooking paper tapi koyak.Ada cara lain selain guna kertas. Hrp Daria sudi kongsi ilmu dgn sy. Terima kasih
Salam Hashimah,
Saya tak pasti pulak nama kertas tu tapi yang saya tahu kalau nak lapik apa-apa bengka/kuih bakar, pakai daun pisang, aluminium foil atau hanya sapu minyak diloyang.
Post a Comment