Tuesday, August 23, 2011

Biskut Suji Kristal/Suji Crystal Cookies

Biskut nie saya buat pada hari ahad.....tersengguk-sengguk saya seorang diri membulatkan biskut nie. Sebelum buat biskut nie, saya masak nasi dan panaskan kuah kari ikan merah (baki semalam) dan pecahkan sebiji telur.....jam 2 petang sudah menyala api dapur saya. opppssss jangan salah faham.....sengaja saya buat begitu kerana saya tahu biskut nie ambil masa sedikit untuk membuatnya dan sudah tentu akan terbabas sehingga lewat petang. Jika terbabas pun, hidangan berbuka telah tersedia so tak perlu kalut. Seperti diduga jam 6.45 baru siap sehingga proses 'mendebukan' biskut dengan gula halus. Biskut nie sedap dan gebu....cair dimulut.



Suji Crystal Cookies/Biskut Suji Kristal

Sumber: Buku Festive Cookies, Chef Asma 2007

Photo & Publish by resepidaria.com


Bahan-bahannya:-



250gm tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh baking soda


Bahan B

125gm gula aising

1/8 sudu teh garam

100gm badan kisar (panggan terlebih dahulu)

1/2 sudu teh esen vanilla

200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)


Pewarna:

Pewarna pink, hijau dan kuning


Hiasan:

Gula kaster


Cara-caranya:-

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh

2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.

3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh

4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.

5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit

6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.


Nota saya:-

1) Saya membuat doh dalam bentuk memanjang dan kemudian susun memanjang macam piramid(2 warna dibawah dan atas 1 warna) lepas tu hiris dan timbang seberat 10gm. Bila dah boleh agak setebal mana yang patut dihiris....ia tidak perlu timbang lagi untuk setiap bulatan kecil....dah boleh agak setebal mana perlu dihiris.

2) Pastikan berat setiap bulatan doh tidak melebihi 10gm kerana biskut nie mengembang bila dimasak. Tidak cantik jika terlalu besar.

3) Jangan terus masukkan minyak sapi dalam adunan, masukkan sikit-sikit terlebih dahulu sehingga menjadi doh dan boleh dibentuk. Pengalaman saya akan ada lebih sedikit minyak sapi tersebut jadi jangan pakai tuang terus.


9 comments:

Ummi said...

Assalam Bdaria...waah cantik je kukis suji kristal dia...hehe, akak ni nasib baik anak2 dara akak yg bereskan...xpun ntah la terbuat ke idak...hahahha

bdaria said...

Salam Ummi,

memang leceh, nak kena timbang pastu baru bulat2kan. Saya buat kuih nie sampai tersengguk mengantuk dan boring sbb buat sorang2. Klu ada pembantu memang seronok buat kerja mengcookies nie.

rostina76 said...

salam k.bdaria....comeynye biskut akak ni.saya suka tgk biskut2 kat blog akak sbb kebanyakkannya biskut2 yg tradisional (evergreen)....hehe,rasa mcm nak try buat suji kristal ni tapi xberapa faham mcm nak lapis biar color dia tu cantik...hehe,kalau akak snap gambar yg tepung dilapis tu lagi real.mmg membantu le org2 yg baru nak berjinak dgn biskut cam saya ni.pepepun tq for sharing kak,harap halalkan saya nak try nanti (harap2 jadi le).

Hashimah said...

tak faham la macamana dikatakan susun macam piramid. boleh tak tunjuk step by step susun lapis warnanya. terima kasih

Hashimah said...

Assalam .... sukanya saya dgn blog Daria ni, tp boleh tunjukkan step by step nak susun warna cookies ni, tak faham la. Terima kasih

Hashimah said...

Assalam ... sy suka dengan blog Daria ni, boleh tak tunjukkan step by step macaman nak susun warna cookies suji ni, tak faham. Dah lama nak buat tapi tak jadi2 warnanya. Terima kasih

bdaria said...

Salam Hasimah,

Insyaallah, saya akan tunjukkan step by step tapi mungkin akan ambil masa sikit sebab sekarang saya sibuk sangat2.

Hashimah said...

Assalam ... Terima kasih Daria jawap komen saya, Sy pernah belajar dgn Chef Asma masak talam, sy nak tanya, apa nama kertas yang dilapik dlm loyang utk bakar talam supaya mudah ditarik keluar bila talam dah masak. Sy guna kertas cooking paper tapi koyak.Ada cara lain selain guna kertas. Hrp Daria sudi kongsi ilmu dgn sy. Terima kasih

bdaria said...

Salam Hashimah,
Saya tak pasti pulak nama kertas tu tapi yang saya tahu kalau nak lapik apa-apa bengka/kuih bakar, pakai daun pisang, aluminium foil atau hanya sapu minyak diloyang.